Marilah sama2 kita renung2kan HAKIKAT IMAN......
Hakikat iman kepada Allah S.W.T. adalah satu hakikat besar yang mencakupi seluruh kehidupan manusia.Apabila iman bersemi di dalam hati seseorang ,maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah S.W.T. atau redha Allah S.W.T..Dia taat kerana Allah S.W.T..Dia tunduk dan patuh titah perintah Allah S.W.T. sama ada kecil @ besar...
Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa,cetusan hati,keinginan roh,kecenderungan fitrah,gerakan jasmani,tindakbalas panca indera dan semua perbuatan samada semasa bersendirian mahupun di depan orang ramai mengikut kehendak Allah S.W.T..
Iman yang betul akan melahirkan contoh2 taat kepada kepadaAllah s.w.t pada diri seseorang.contoh2 itu pula akan memberi kesan kepada hati kawan2nya.Contoh2 itu adalah penyaksian amalan Islam yang akan membekas dalam jiwa manusia yang lain.Jesteru itu seseorang itu akan menjadi juru da'wah Islam kepada manusia ,setelah ia memberi keutamaan dan kelebihan terlebih dahulu kepada dirinya sendiri....
kita mesti meletakkan Allah dihadapan
semoga kita dpt mengambil iktibar.....kita perlu mengetahui bahawa.....HAKIKAT BERIMAN KPD ALLAH...n...RASULULLAH...sangat penting dalam aspek kehidupan kita......
No comments:
Post a Comment