Monday, February 28, 2011

Bagaimana Membentuk Akhlak



Apakah itu akhlak?




 Dari segi bahasa ia berasal daripada perkataan ''khulq' yg bererti perlaku,perangai atau tabiat.Manakala dari segi maksudnya Imam Ghazali mengatakan:Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.''

   Apa yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali itu selaras pula dengan Ibn Maskawih yang menjelaskan,''Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran
terlebih dahulu''.Maksudnya apabila seseorang itu dengan mudah melakukan kebaikan yakni secara automatik,spontan dan konsisten,maka barulah ia dikira berakhlak.Sekiranya kebaikan itu hanya dilahirkan setelah difikir-fikirkan terlebih dahulu,itu belum dikatakan akhlak.Misalnya apabila kita melihat orang yang berada dalam kesusahan meminta pertolongan daripada kita,dan kemudian kita berfikir terlebih dahulu sama ada mahu menolongnya atau tidak.Setelah beberapa ketika mempertimbangkan barulah kita memutuskan logik,patut dan boleh menolongnya,maka kita pun menghulurkan bantuan.Ini belum dikira berakhlak.


   Akhlak ialah kebaikan yang datang daripada hati bukan untuk ''ambil hati''.Ia sudah melepasi proses mujahadah
Oleh itu,tidak ada kesukaran lagi untuk melakukannya.Yang payah jadi mudah kerana perlakuan baik itu sudah sebati  dan serasi dengan diri.Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya yang bermaksud:
Dan seorang lelaki yang bersedekah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya.''(Riwayat Al-Bukhari).Maksudnya akhlak itu bebas daripada sebarang unsur lakonan,riyak,munafik dan berpura-pura.Akhlak tidak boleh disamakan dengan moral dan etika kerana prinsip syariat bukan akal semata-mata.
Maksudnya piawaian aklhak itu berdasarkan prinsip wahyu dan hadis yang sifatnya
mutlak dan kekal sepanjang masa.Sebaliknya prinsip moral dan etika yang bersandarkan kepada pemikiran,falsafah dan budaya atau adat boleh berubah-ubah mengikut situasi.kondisi dan peredaran zaman.

   Hubungan antara Iman,Islam dan Ihsan bolehlah diumpamakan  sebagai berikut: Iman sebagai akar,Islam sebagai pohon dan ihsan(akhlak) adalah buah.
   Apa tujuan kita menanam pokok?tentunya untuk mendapatkan buah.Pokok yang tidak berbuah  tidak memberikan manfaat .Maka begitu perumpamaan orang yang beribadah tetapi ibadahnya tidak membuahkan akhlak.
   Dia solat,berpuasa,membayar zakat dan menunaikan haji,tetapi tutur katanya masih menyakitkan hati orang,hatinya penuh hasad &dia memudaratkan orang lain dengan lisan& perbuatannya.Jika demikian,ibadahnya tidak ada nilai disisi Allah.Ibadahnya rosak dan sia-sia.
   Driwayatkan ada seorang wanita yang banyak beribadah dan dikagumi oleh orang lain.Ramai yang beranggapan:Tentulah si fulanah itu ahli syurga kerana dia sentiasa solat tepat pada waktunya,puasa sunat tidak pernah ditinggalkannya dan setiap malam Jumaat dia membaca Al-Quran dan bangun solat tengah malam.''Cuma ia ada kelemahan yakni lidahnya yang selalu menyakiti hati jirannya.Ditanya kepada Rasulullah S.A.W mengenai wanita itu,Baginda bersabda yang bermaksud:Tidak.Dia ahli neraka!Seluruh ibadahnya hancur kerana dia mempunyai akhlak yang buruk,suka merosakkan orang dengan lidahnya.''(Riwayat Al-Baihaqi)
    Tanpa akhlak,ibadah akan rosak seperti kayunyang dimakan api.Rasulullah S.A.W bersabda:''Akhlak yang buruk
itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar.''(Riawayat Ibn Majah)
   Sebaliknya Rasulullah S.A.W memuji seseorang yang memiliki akhlak yang baik,sekalipun ibadahnya sederhana.Al-Tabarani daripda Anas R.A bersabda,mafhumnya:''Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat yang paling tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik,walaupun ia lemah dalam beribadah.''
   Semoga kita sama2 dpt mengutip ibrah daripada hadis2 yg dinyatakan di atas..Smga iman & taqwa menjadi perisai
kemuliaan dlm diri kita dan akhlak menjadi pembenteng peribadi bg membentuk peribadi muslim kita yg sejati...Wallahuallam..





No comments:

Post a Comment