" Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earthh and amnesia set in : they forgot they were from different planets."- Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray -
Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah...
Allah menjadikan wanita dan lelaki itu berbeza. Berbeza dari segi fizikal, pemikiran dan nalurinya. Banyak perkara yang Allah jadikan perbezaan antara wanita dan lelaki.
" Lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu, perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal " Ujar seorang kawan disuatu hari.
"Sebab tu lah lelaki pandai kelentong dan perempuan pandai kena kelentong" Tambah seorang lagi rakan disusuli gelak tawa.
Entahlah!
FIZIKAL, RASIONAL, EMOSIONAL
Jika difikirkan beban mengandung, bukankah lebih wajar Allah Subhanahu wa Ta’aala jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal. Mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini… hamil dan seterusnya melahirkan anak.
Tetapi saya terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazzali, bahawa “lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.
Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!
Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.
Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.
Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.
Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM.
Seperti kita sedia maklum, lelaki mempunyai 9 akal dan 1 emosi, dan wanita 9 emosi dan 1 akal. Memang perbezaan itu mestilah wujud antara kedua-duanya.
Jika lelaki dan wanita itu disatukan atas tiket perkahwinan, maka, setiap personaliti dan keperibadian kedua-duanya disatukan. Dari gambarajah di atas, jika disatukankan, hanya terdapat 20 peratus sahaja di mana seorang lelaki dan perempuan mencapai kesepakatan persamaan. Selebihnya, lagi 80 peratus tidak sama. Sedarkah kita?
TITIK PERSAMAAN MENCAPAI KESERASIAN
Maksudnya :
Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) Karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. - surah an-Nisaa' : ayat 19 -
Bagaimana pula jika berhadapan dengan perbezaan yang besar? Perbezaan itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran daripada kedua-dua pihak untuk menyesuaikan diri. Contohnya perbezaan dari segi budaya, cara hidup, norma dan etika, pendidikan dan sebagainya.
" Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah diibarat seperti kepala kepada suatu tubuh. Jika kepalanya hilang, maka keseluruhan tubuh akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak" - Khalifah Ali -
Pasangan suami isteri perlulah menghargai perbezaan yang wujud antara pasangan. Perbezaan bukanlah alasan untuk kita bertelingkah dan menilai siapakah yang betul dan siapakah yang salah. Perbezaanlah yang memberi identiti kepada diri dan mencipta keunikan masing-masing. Jika wujud persamaan, itu adalah bonus untuk mengukuhkan lagi perhubungan suami isteri. Cubalah cari persamaan dan pupuklah keserasian bersama. Janganlah cuba mengubah pasangan kita supaya menjadi seperti yang kita kehendaki.
Wallahualam.