Saturday, January 22, 2011

Cukuplah Kemuliaan Anda dengan Menjadi Seorang Muslimah


Apakah engkau berputus asa 
kerana tidak pernah menemukan jalan keluar ....
Jika memang demikian,
maka di manakah Allah dan takdir-Nya?

Segala sesuatu yang menimpa Anda saat berjuang di jalan Allah ,merupakan penebus dosa atas izin-Nya.Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.Rasulullah saw. bersabda,

"Bila seorang wanita taat kepada Tuhannya , mendirikan solat lima waktunya , menjaga kehormatannya , pasti masuk ke syurga Tuhannya." 
      (H.R.Ahmad)




Allah telah mempermudahkan semua urusan ini keatas hamba2-Nya yang mendapat petunjuk.
Maka dari situ,tunaikanlah perbuatan mulia itu untuk menemui Tuhan Yang Maha Penyayang,pasti Dia akan membahagiakanmu di dunia mahupun di akhirat kelak.Genggamlah syariat-Nya seerat yang mungkin.
Ikutilah petunjuk kitab-Nya , dengan demikian Anda akan menjadi seorang muslimah sejati .
Semua perkara ini merupakan Kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi Anda.
Kerana selain Anda , ada wanita yang lahir dalam suasana kekafiran.
Sedangkan Anda dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati,dan Dia akan memasukkan Anda ke dalam golongan umat Muhammad saw.





EMASMU ADALAH AGAMAMU,
PERHIASANMU ADALAH AKHLAKMU,
dan HARTA BENDAMU ADALAH ADABMU.

No comments:

Post a Comment